WARGA JPK     

2024

Notis Pemberitahuan : Penutupan Sementara Fungsi Bayaran Dalam Talian dan Keseluruhan Operasi Sistem MySPIKE bagi aktiviti Penyelenggaraan Tahunan

 

NOTIS PEMBERITAHUAN MENGENAI PENUTUPAN SEMENTARA FUNGSI BAYARAN DALAM TALIAN (ONLINE PAYMENT) SISTEM PENGURUSAN INTEGRASI KEMAHIRAN MALAYSIA (MySPIKE) DAN OPERASI MySPIKE UNTUK PENYELENGGARAAN TAHUNAN

 

Kepada semua pengguna MySPIKE yang dihormati,

 

Dimaklumkan bahawa, Unit Pengurusan Maklumat, JPK akan melaksanakan penyelenggaraan tahunan MySPIKE sebagai persediaan operasi bagi tahun 2025. Penyelenggaraan ini akan menyebabkan penutupan sementara fungsi-fungsi dalam sistem seperti berikut:

a) Fungsi Bayaran Dalam Talian: Ditutup sementara mulai 29 November 2024 hingga 5 Januari 2025.

b) Keseluruhan Operasi MySPIKE: Ditutup sementara mulai 9 hingga 15 Disember 2024.

 

Oleh itu, kerjasama semua pengguna dimohon untuk menyelesaikan sebarang urusan berkaitan sebelum tarikh-tarikh yang dinyatakan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada transaksi atau urusan yang memerlukan MySPIKE. Urusan bayaran dalam talian perlu diselesaikan sebelum 29 November 2024 bagi Akaun Simpanan (B2C). Manakala bagi pengguna Akaun Semasa (B2B), tarikh akhir pengesahan perlu dibuat sebelum 6 Disember 2024.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kami menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.

Sekian, terima kasih.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Kesuma Bangsa”

 

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

19 November 2024