Penguatkuasaan COPTPA Terhadap Proses Pentauliahan Program dan Pendaftaran Pelatih/Perantis Bagi Program Penuh SLaPB & ADI Di Bawah SPKM Mulai 1 Januari 2026
Ruj. Kami: JPK.700-1/1/2 JLD.4 (14)
Tarikh: 23 Disember 2025
PENGUATKUASAAN KOD AMALAN AKREDITASI PROGRAM TVET (COPTPA) TERHADAP PROSES PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM DAN PENDAFTARAN PELATIH/PERANTIS BAGI PROGRAM PENUH SLaPB DAN ADI DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM) MULAI 01 JANUARI 2026
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mula memperkenalkan Pentauliahan program di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia(SPKM) berasaskan Kod Amalan Akreditasi Program TVET (COPTPA) melalui kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) atau Akademi Dalam Industri (ADI) semenjak 1 April 2021. Tempoh masa untuk semua Pusat Bertauliah (PB) SLaPB dan ADI untuk beralih daripada Pentauliahan program penuh berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) kepada COPTPA akan berakhir pada 31 Disember 2025.
Sehubungan itu, JPK akan mula menguatkuasakan sepenuhnya proses pentauliahan program berasakan COPTPA melalui kaedah SLaPB dan ADI bermula pada 01 Januari 2026. Dengan penguatkuasaan ini juga, PB hanya dibenarkan untuk mendaftarkan pelatih SLaPB dan perantis ADI bagi maksud persijilan penuh (SKM, DKM dan DLKM) berdasarkan program yang telah ditauliahkan COPTPA sahaja bagi latihan yang bermula pada 01 Januari 2026 dan seterusnya.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Kesuma Bangsa”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia