WARGA JPK     

2025

Makluman Pusat PPA-PPT Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PT & K)

Merujuk kepada surat bertarikh 18 November 2025 [KKM.600-24/4/2 Jld.4 Bil.(1)] dari Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT & K), Kementerian Kesihatan Malaysia dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2027 hanya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi bidang berikut diperoleh melalui latihan di Pusat Bertauliah sahaja akan diterima bagi tujuan pendaftaran sebagai Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT & K):

  • Urut Terapeutik dan Penjagaan (MP-082-4:2012)
  • Terapi Bekam Angin (MP-110-3:2011)
  • Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Mamacare (Q869-002-4:2016)
  • Perawatan Ruqyah (Q869-004-4:2017)

Sehubungan itu berkuatkuasa mulai 1 Februari 2026, semua permohonan Baharu sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) bagi program di atastidak akan diproses. Pusat PPA yang masih aktif dibenarkan beroperasi sehingga 30 Jun 2026 bagi tujuan melengkapkan proses penilaian calon-calon PPA yang sedang berjalan sahaja.