Kalendar Aktiviti
Tarikh : 23 Oktober 2025
Masa : 8.30 pagi sehingga 5.00 petang
Lokasi : Hotel Sama-sama, Sepang Selangor
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan program Sinergi Persijilan TVET yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada Agensi TVET dan penyedia latihan berkenaan inisiatif pembangunan aplikasi e-Cert ke arah pewujudan Data Raya TVET di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Data Raya TVET adalah platform berpusat bagi menyelaras dan mengintegrasi semua data TVET yang berkaitan seperti laluan TVET, ketersediaan pekerjaan dan kerjaya, pemadanan pekerjaan serta memberi perhatian kepada bidang kemahiran yang kritikal. Justeru, melalui program ini juga terdapat slot perkongsian dari pihak agensi dan industri yang berkaitan dengan pelaksanaan TVET, latihan industri dan pencarian pekerjaan.
Dikemaskini oleh : Pn Atiqah Sapuan