Kalendar Aktiviti
To Khamis, 12 Februari 2026 - 5:00
𝟬𝟵-𝟭𝟮 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 || 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲
Pihak jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah & W.P Labuan telah menyampaikan Ceramah Halatuju Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan sebagai Pempamer sempena Program Jelajah TVET Masuk Kampung 2026. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bertempat di SMK Keningau. Sekolah yang terlibat dari 09 - 12 Februari 2026 ialah SMK Keningau, SMK Keningau II, SMK Sook dan SMK Tulid. Kehadiran YB Jordan Jude, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah di program ini menambah kemeriahan lagi Program Jelajah TVET Masuk Kampung 2026 di Daerah Keningau pada kali ini.
Pautan Facebook:-
https://www.facebook.com/share/p/187iCWv3pc/
https://www.facebook.com/share/p/1SBJ8kfjSR/