WARGA JPK     

Kalendar Aktiviti

Kalendar Aktiviti

Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bil.1/2026 di Shangri-la Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah
Jumaat, 13 Februari 2026,  8:00 -  5:00
Hits : 204

KOTA KINABALU, 13 Februari 2026 – Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung hari ini menampilkan pengisian istimewa melalui taklimat khas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, atas undangan khas Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab. Kehadiran pengurusan tertinggi SPA ini bertujuan memberi pendedahan langsung kepada ketua-ketua jabatan mengenai isu-isu semasa perkhidmatan awam serta pengurusan sumber manusia. Mesyuarat yang diadakan di Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa ini turut menampilkan Amanat Khas Datuk SUP Sabah yang menyentuh hala tuju pentadbiran Persekutuan di negeri Sabah.

Melalui pertemuan berkala seumpama ini, kesinambungan perancangan strategik, pemantauan pelaksanaan serta pemerkasaan penyampaian perkhidmatan awam dapat diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri secara menyeluruh. Jabatan Pembangunan Kemahiran W. Sabah & W.P Labuan turut hadir yang diwakili oleh Penolong Kanan Pengarah, Pn. Nadiah Tulakmar binti Kamarudin.

 

Pautan Facebook:- https://www.facebook.com/share/p/1N9zFbfDTc/