WARGA JPK     

Kalendar Aktiviti

Kalendar Aktiviti

𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶 𝗞𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴–𝗞𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮–𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
Selasa, 24 Februari 2026,  4:00 -  9:00
Hits : 703

𝟮𝟰 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶 𝗞𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 – 𝗞𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 – 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) bertempat di Dewan Bangkuasi, Menara Kinabalu, Sabah.

Dalam Majlis Sungkai Kurung-Kurung tersebut, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi SEDIA turut menyempurnakan sesi penyerahan Sumbangan Kasih Ramadan Tahun 2026 SEDIA kepada 16 Pusat Tahfiz dan Pengajian Islam yang berdaftar di sekitar Kota Kinabalu sebagai manifestasi komitmen berterusan terhadap agenda kebajikan sosial dan keterangkuman sempena bulan Ramadan tahun ini.

Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah & W.P Labuan telah menghadiri undangan tersebut sempena Ramadan 1447H bersamman 2026M dalam tujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Ketua-Ketua Jabatan Negeri & Persekutuan Sabah dan memupuk nilai perpaduan dan keharmonian selaras dengan prinsip kesejahteraan masyarakat di Sabah.

 

Pautan Facebook:- https://www.facebook.com/share/p/14XiwWqG3vp/