Penutupan Sementara Fungsi Bayaran Dalam Talian Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) Bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan Sistem bermula 15 Disember 2023

 

NOTIS PEMBERITAHUAN MENGENAI PENUTUPAN SEMENTARA FUNGSI BAYARAN DALAM TALIAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRASI KEMAHIRAN MALAYSIA (MySPIKE) BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM

 

Kepada semua pengguna MySPIKE yang dihormati,

 

Dimaklumkan bahawa, Unit Pengurusan Maklumat, JPK akan menutup semua fungsi bayaran dalam talian MySPIKE bagi memberi laluan pada kerja-kerja penyelenggaraan sistem bermula 15 Disember 2023 hingga 7 Januari 2024.

 

Oleh itu, segala urusan bayaran dalam talian yang menggunakan MySPIKE perlu diselesaikan sebelum 15 Disember 2023 bagi Akaun Simpanan (B2C). Manakala, bagi pengguna Akaun Semasa (B2B), tarikh akhir pengesahan perlu dibuat adalah sebelum 22 Disember 2023.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

 

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani   

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

 

30 November 2023

 

 

 

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…