Tarikh Akhir Penerimaan Pesanan Tempatan (LO-Terimaan) di Jabatan Pembangunan Kemahiran

PEMAKLUMAN

TARIKH AKHIR PENERIMAAN PESANAN TEMPATAN (LO – TERIMAAN)

Dl JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

Dimaklumkan bahawa, semua bayaran berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Pengiktrafan Pencapaian Terdahulu (PPT), Ujian Tanpa Musnah (NDT) dan NOSS mengunakan Pesanan Tempatan (LO – Terimaan) yang dihantar menggunakan sistem e-Perolehan atau secara Manual hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2023 dan Invois terakhir akan dikeluarkan pada 13 November 2023 bagi persediaan Penutupan Akaun Tahun 2023. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 15 November 2023 bagi mengelakkan tunggakan Akaun Belum Terima di Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Sekian Terima Kasih.

**Rujukan: JPK 400-3/8/1 Jid.3 (loI) bertarikh 20 Oktober 2023.

**Sila pastikan dokumen lengkap bagi tindakan Seksyen Kewangan, JPK.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…