Penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) Sepenuhnya Kepada Calon Yang Layak Dipersijilkan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

jata-negara

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PENGUMUMAN

 

NOTIS PEMAKLUMAN PENGANUGERAHAN SIJIL ELEKTRONIK (eCERTIFICATE) SEPENUHNYA KEPADA CALON YANG LAYAK DIPERSIJILKAN DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)

 

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) sepenuhnya kepada calon yang disahkan kelayakan persijilan SPKM bermula 1 Januari 2024. Dengan pelaksanaan Sijil Elektronik ini, maka tiada lagi penganugerahan sijil fizikal oleh JPK. Sijil Elektronik ini meliputi Penyata Pencapaian (PC), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diperolehi melalui tiga (3) kaedah pelaksanaan iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

 

Panduan Penjanaan & Pengesahan Sijil Elektronik (eCertificate) Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia boleh di muat turun dari laman sesawang (Muat Turun) - kemaskini 2 Februari 2024


Sekian, dimaklumkan.

Dikeluarkan oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
November 2023

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…