Pembekuan Permohonan Pentauliahan, Pelaksanaan Dan Pensijilan Bagi Noss Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

Ruj      :     JPK/702/1/10 Jld. 14 ( 27 )     

Tarikh :     24 September 2018

PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM BAHARU BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI MELALUI SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pentauliahan program baharu bagi pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi NOSS bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti disenaraikan dalam Jadual 1 adalah dibekukan berkuatkuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Namun begitu, pembekuan ini tidak terpakai bagi program yang telah diluluskan pentauliahan dan permohonan pembaharuan program.

Jadual 1 :Senarai NOSS Berkaitan Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari

No. Kod NOSS Nama NOSS Tahap
  MP-080-3:2011 Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga 3
  MP-081-3:2011 Aromaterapi 3
  MP-082-3:2011 Urut Terapi 3
  MP-082-4:2012 Urut Terapeutik & Penjagaan 4
  MP-071-1 Pembantu Juruterapi Aura Metafizik 1
  MP-071-2 Juruterapi Aura Metafizik 2
  MP-071-3 Juruterapi Kanan Aura Metafizik 3
  MP-070-2 Pembantu Juruterapi Ais-Hidro 2
  MP-070-3 Juruterapi Ais-Hidro 3
  MP-090-3:2011 Terapi Reiki 3
  MP-091-3:2011 Terapi Qi Gong 3
  MP-092-3:2016 Terapi Panchakarma Ayurvedik 3
  MP-030-3:2015 Perkhidmatan Crystal Healing 3
  MP-110-3:2011 Terapi Bekam Angin 3
  MP-031-3:2016 Perkhidmatan Tuinology 3
  Q869-002-4:2016 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 4
  Q869-002-5:2016 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 5
  Q869-004-3:2016 Perawatan Ruqyah 3
  Q869-004-4:2016 Perawatan Ruqyah 4
  Q869-004-5:2016 Perawatan Ruqyah 5

Sehubungan itu, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (21) bertarikh 14 September 2018 adalah terbatal.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

Pembekuan Permohonan Pentauliahan, Pelaksanaan Dan Pensijilan Bagi Noss Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…