Penghantaran Dokumen Tuntutan bayaran Insentif Program SLDN Berinsentif 2022 Bagi Pembayaran Bulan Disember 2022 (Tuntutan Terakhir)

PENGHANTARAN DOKUMEN TUNTUTAN BAYARAN INSENTIF PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) BERINSENTIF 2022 BAGI PEMBAYARAN BULAN DISEMBER 2022 (TUNTUTAN TERAKHIR)

(Muat turun Makluman)

 

 

Ruj : JPK.700-2/2/10 Bil. (26)

Tarikh :  21 November 2022

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Bertauliah SLDN yang melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Berinsentif 2022 di Bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dikehendaki mengemukakan dokumen tuntutan insentif bagi pembayaran bulan Disember (Tuntutan Terakhir) seperti ketetapan berikut :

i. Tempoh penghantaran dokumen tuntutan insentif SLDN Berinsentif 2022 bagi bulan November dan bulan-bulan sebelumnya (jika ada) hendaklah dikemukakan bermula 28 November 2022 hingga 30 November 2022 kepada JPK Wilayah.

ii. Tuntutan insentif bagi latihan yang dilaksanakan pada bulan November 2022, hendaklah menggunakan rekod kehadiran perantis sehingga 28 November 2022 bagi mencapai kehadiran penuh 20 hari untuk melayakkan tuntutan insentif penuh iaitu RM1,000 / perantis.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara

 

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…