Adalah dimaklumkan bahawa mulai 20 Mac 2013 pendaftaran pelatih bagi satu-satu program melalui pusat bertauliah perlu bermula dari tahap yang paling rendah dalam laluan yang ditawarkan oleh NOSS program berkenaan. Pendaftaran ke tahap yang lebih tinggi hanya boleh dibuat setelah pelatih berkenaan lulus dan disahkan oleh PPL pada tahap yang terendah. Pendaftaran secara kombinasi ; tahap 1 dan 2 serentak atau tahap 1, 2, dan 3 serentak adalah tidak dibenarkan. Pendaftaran secara kombinasi tahap ini tidak termasuk :Pusat Bertauliah yang menjalankan program secara Persijilan Tunggal (Single Tier).

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…