1MALAYSIA SKILLS TRAINING AND ENHANCEMENT FOR THE RAKYAT (1MASTER) Dual-NDTS

1MALAYSIA SKILLS TRAINING AND ENHANCEMENT FOR THE RAKYAT (1MASTER) Dual-NDTS

Kerajaan telah memperkenalkan Program 1MALAYSIA SKILLS TRAINING & ENHANCEMENT FOR THE RAKYAT (1MASTER) Dual-National Dual Training System (NDTS) dibawah Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada Mac 2014. Program ini dirumus bagi mengoptimumkan penggunaan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) dan memaksimumkan penglibatan industri dalam membangunkan tenaga mahir negara. Program 1MASTER Dual-NDTS adalah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diadun semula bagi memberi peluang pekerja sedia ada meningkatkan kemahiran mereka. Tempoh program ini adalah satu (1) hingga tiga (3) bulan.

Bagi mempromosikan program ini, tiga (3) video promosi telah dimuatnaik ke Youtube. Ketiga-tiga video ini boleh dilawati melalui Youtu dan Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (http://www.dsd.gov.my/).

Bil Tajuk    
 1  1MASTER DUAL-NDTS CORPORATE VIDEO Portal JPK Youtube
 2  1Master-Dual-NDTS Video Rakyat Kulinari Portal JPK Youtube
 3  1Master-Dual-NDTS Video Rakyat Kimpalan Portal JPK Youtube

Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawab sebagai agensi penyelaras dalam melaksanakan program ini.

 

Sekian, terima kasih

 

BAHAGIAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…