Pelaksanaan & Penilaian

PENGENALAN


Aktiviti Pelaksanaan dan Penilaian bermula setelah Pusat Bertauliah (PB) mendaftarkan pelatih untuk mengikuti program latihan yang telah ditauliahkan.


Pelaksanaan dan Penilaian di Pusat Bertauliah (PB) adalah merangkumi pelaksaan latihan, Penilaian Kerja Kursus, Pendedahan Industri/Latihan Industri dan Projek Akhir


Penilaian dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merupakan satu proses menilai tahap kekompetenan seseorang pelatih yang mengikuti program latihan kemahiran di Pusat Bertauliah bagi memenuhi kompetensi yang ditetapkan di dalam NOSS merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap/amalan keselamatan/persekitaran.


Berikut merupakan maklumat berkaitan Pelaksanaan dan Penilaian untuk rujukan PB dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL

 

A. MAKLUMAT BERKAITAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN DI PUSAT BERTAULIAH
 
1.  Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) Berasaskan  Kod Amalan Akreditasi Program TVET - Code Of Practice For Tvet Programme Accreditation   (COPTPA) Edisi II 2024 Muat Turun
  a. Lampiran Pelaksanaan Dan Penilaian Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) Berasaskan  Kod Amalan Akreditasi Program TVET - Code Of Practice For Tvet Programme Accreditation   (COPTPA) Edisi II 2024 Muat Turun
 

Nota : Pusat Bertauliah (PB) yang masih mempunyai pelatih yang sediaada sebelum kuatkuasa panduan ini hendaklah meneruskan pelaksanaan menggunakan panduan terdahulu sehingga pelatih dipersijilkan.

Pelaksanaan panduan ini terpakai bagi pengambila pelatih baharu bermula 15 Februari 2024.

Tarikh Kuatkuasa : 15 Februari 2024

2. 
Panduan Kredit Tak Patuh COPTPA
 
a. Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kredit Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) Muat Turun
b. Lampiran Panduan Kredit KAPPK Muat Turun
  c. Lampiran Rekod Penilaian Kredit Muat Turun
  d. Lampiran 4 - Instrument Maklumbalas Pusat Bertauliah Muat Turun
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…