Insentif Kewangan

  • Mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.
  • Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat/majikan yang layak.

Peningkatan Kualiti Produktiviti

  • Meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di industri.
  • Meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.
  • Meningkatkan daya saeng kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi.
  • Meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembelajaran.

Pembangunan Human Capacity

  • Meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri.
  • Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja.
  • Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara.
  • Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada.
  • Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…