Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK)

Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK)  terbahagi kepada dua (2) cawangan iaitu Cawangan Penilaian Kompetensi dan Cawangan Persijilan. Setiap cawangan mempunyai unit di bawahnya seperti berikut :

 

Cawangan Penilaian Kompetensi

i) Unit Penilaian Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB)

  1. Mengurus permohonan verifikasi PPL yang dikemukakan oleh PB SLaPB.
  2. Mengurus penugasan PPL SLaPB bagi tujuan verifikasi dan penilaian akhir.
  3. Menyelaras dan mengendalikan bimbingan pelaksanaan latihan dan penilaian kepada PB SLaPB.
  4. Memantau pelaksanaan latihan PB SLaPB mengikut polisi dan dasar yang sedang berkuatkuasa.
  5. Mengurus dan menyelaras program pemantapan personel SLaPB (PP/PPD/PPL/PPB).
  6. Mengurus pemantauan pelatih antarabangsa SLaPB

 

ii) Unit Penilaian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

  1. Mengurus permohonan verifikasi PPL yang dikemukakan oleh PB SLDN.
  2. Mengurus pelantikan PPL SLDN bagi tujuan verifikasi dan penilaian akhir.
  3. Menyelaras dan mengendalikan bimbingan pelaksanaan latihan dan penilaian kepada PB SLDN.
  4. Memantau pelaksanaan latihan PB SLDN mengikut polisi dan dasar yang sedang berkuatkuasa.
  5. Mengurus dan menyelaras program pemantapan personel SLDN (Coach/ Pengajar/ Penyelaras/PPL).
  6. Menguruskan pelaksanaan program SLDN berinsentif.

 

Cawangan Persijilan

i) Unit Ujian Tanpa Musnah (NDT)

  1. Mengurus dan menyelaras pelantikan dan penugasan personel peperiksaan NDT (ketua pemeriksa, pemeriksa, penyelia dan pembantu   bengkel)
  2. Mengurus dan memantau pelaksanaan sesi peperiksaan NDT.
  3. Mengurus pemantapan personel NDT
  4. Mengurus pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 termasuk audit dalaman dan luaran.
  5. Mengurus bank soalan peperiksaan NDT.
  6. Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Keputusan Peperiksaan NDT.
  7. Mengurus pengiktirafan SPKM NDT dalam dan luar negara.
  8. Mengurus rekod personel peperiksaan dan calon NDT.

 

ii) Unit Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

  1. Mengurus penugasan PP-PPT.
  2. Mengurus penugasan PPL-PPT.
  3. Mengurus dan menyelaras dokumen persijilan.
  4. Mengurus dan memantau pelaksanaan penilaian dan verifikasi PPT.

 

iii) Unit Pendaftaran

  1. Mengurus dan menyelaras urusan pendaftaran pelatih/perantis/ calon bagi SLaPB, SLDN dan NDT.
  2. Mengurus dan menyelaras permohonan pindaan maklumat pelatih/perantis/calon bagi SLaPB, SLDN dan NDT (berhenti, tangguh latihan, pindah PB).
  3. Mengurus dan menyelaras pengesahan ulang nilai pelatih/perantis/calon bagi SLaPB, SLDN dan NDT.
  4. Mengurus dan menyelaras aktiviti pendaftaran agensi penyelaras, PPA dan calon PPT.

 

iv) Unit Persijilan

  1. Mengurus penyediaan data bagi mesyuarat JPPS
  2. Mengurus pengeluaran sijil SLaPB, SLDN, PPT & NDT.
  3. Mengurus kemaskini data persijilan untuk cetakan selepas JPPS
  4. Mengurus permohonan sijil ganti
  5. Mengurus perolehan perkhidmatan mencetak sijil
  6. Mengurus aduan dan pertanyaan pelanggan
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…