Faedah SLDN Kepada Perantis

Insentif

Perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti berikut :

Semesta
Elaun Minimum Sebulan
Pertama
RM 350
Kedua RM 400
Ketiga RM 450
Keempat RM 500

Persijilan

Perantis yang Berjaya dalam penilaian dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan SKM Tahap 1, 2, 3, DKM atau DLKM oleh JPK berasaskan program yang diikuti.

Pembangunan Kerjaya

Perantis yang berjaya menamatkan kursus selama 2 tahun berpeluang mengikuti peningkatan kerjaya seperti berikut :

  1. Layak mengikuti program DKM.
  2. Pengajar di industri institut latihan.
  3. Bekerja sendiri.
  4. Peluang kenaikan pangkat.

Industry Lead Body (ILB)

Pengenalan

Badan peneraju industri (Industry Lead Body) merupakan organisasi pemacu sesebuah sektor industri yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi melaksanakan fungsi-fungsi mengikut keperluan JPK.

Peranan dan Tanggungjawab ILB

  • melaksana analisis pekerjaan mengikut sektor industri yang ditetapkan;
  • membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) baru dan mengkaji semula NOSS sedia ada bagi sektor industri berkaitan serta mendapatkan kelulusan dari Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) terhadap NOSS yang disediakan;
  • membangun kurikulum Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN);
  • mempromosi dan mendapatkan penyertaan syarikat dalam program SLDN dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT);
  • melaksana kajian bagi mengenalpasti supply vs demand, emerging technologies, serta job creation dan job enrichment oppurtunities;

Senarai ILB

icon pdf Nama ILB dan Sektor baru

JPPK

Pengenalan

Jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk membantu JPK mengenal pasti keperluan bagi sesuatu bidang industri

Skop/Peranan

  • Membekalkan maklumat pembangunan teknologi terkini dalam bidang-bidang berkaitan
  • Membekalkan maklumat keperluan tenaga mahir industri

 

Bil. Senarai JPPK
1 Non-Destructive Testing

Link Syarat Khas Kemasukan Ke Universiti

*Syarat Khas kemasukan ke IPTA tertakluk kepada keputusan Senat sesebuah IPTA untuk sesuatu program pengajian.

Link universiti yang berkenaan:

Makluman Berkaitan GST

KEPADA SEMUA PUSAT BERTAULIAH YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

 

MAKLUMAN BERKAITAN GST 

 

Dimaklumkan bahawa Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan dikecualikan) (Pindaan) 2015 [P.U. (A) 57] yang dikeluarkan pada 27 Mac 2015 telah mewartakan bahawa Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] adalah termasuk yang mendapat pengecualian GST. Warta Kerajaan ini mula berkuat kuasa pada 30 Mac 2015 .

Bersama-sama ini disertakan Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan dikecualikan) (Pindaan) 2015 untuk makluman.

Terima Kasih

 

Muat Turun Dokumen

icon pdf Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…