Penutupan Sementara Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (Ibu Pejabat JPK Putrajaya, Pejabat JPK Cyberjaya, Pejabat JPK Wilayah Tengah Dan Pejabat JPK Wilayah Sabah) Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 09 NOV

logo jata negara png 6

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PEMAKLUMAN

BERKAITAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (IBUPEJABAT JPK PUTRAJAYA, PEJABAT JPK CYBERJAYA DAN ENAM PEJABAT JPK WILAYAH) BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA 09 NOVEMBER SEHINGGA 06 DISEMBER 2020.

Selaras dengan keputusan Kerajaan pada 07 November 2020 berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung bermula 09 November sehingga 06 Disember 2020, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Ibupejabat JPK, Pejabat JPK Cyberjaya dan semua Pejabat JPK Wilayah akan ditutup sementara sepanjang tempoh tersebut. Namun begitu, Jabatan masih boleh dihubungi menerusi talian 03-8886 5589 (hunting line). Perkhidmatan atas talian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga masih beroperasi seperti biasa dan boleh diakses menerusi pautan berikut:-

  • Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK                  - www.dsd.gov.my
  • Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
  • Facebook Rasmi JPK                                                   - facebook.com/jpkksm
  • Aduan, Pertanyaan dan Cadangan                           - mohr.spab.gov.my

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

09 NOVEMBER 2020

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…