Jemputan Ke Program Pelancaran ‘Panduan Tugasan’ Kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Dan Sesi Town Hall Tahun 2023.

JEMPUTAN KE PROGRAM PELANCARAN ‘PANDUAN TUGASAN’ KEPADA PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) DAN SESI TOWN HALL TAHUN 2023.

 

YBrs. Dr./Ts./Tc./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa, Bahagian Persijilan & Kompetensi (BPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Persatuan Personal Lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran @ MyPERSONNEL akan mengadakan Program Pelancaran ‘Panduan Tugasan’ kepada personal yang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL- SLaPB, PPL- PPT dan PPL-SLDN. Panduan Tugasan terkini adalah standard panduan yang akan digunapakai oleh semua Pegawai Pengesah Luaran (PPL) lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi menjalankan tugasan rasmi penilaian dan verifikasi kepada calon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
  1. Bahagian Persijilan & Kompetensi (BPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga akan mengadakan Sesi Town Hall bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Tahun 2023. Sesi Town Hall ini akan dihadiri oleh Pegawai Kanan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                                    Tempat        : PARK AVENUE HOTEL

                                                               Sungai Petani, Kedah

                                    Tarikh           : 22 Mei 2023 (Isnin)

                                    Masa            : 09.00 pagi hingga 11.30 pagi

  1. Untuk makluman YBrs. Dr./Ts./Tc./Tuan/Puan, sebarang bentuk tuntutan (TnT / Pakar) kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi maksud atau tujuan menghadiri program ini adalah TIDAK DIBENARKAN.
  1. Sekiranya YBrs. Dr./Ts./Tc./Tuan/Puan memerlukan kemudahan penginapan dan sebagainya sila berurusan dengan Urus Setia MyPERSONNEL melalui email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
  1. Sehubungan dengan itu, Personel Lantikan JPK adalah dengan ini di jemput untuk hadir menyertai Program Pelancaran ‘Panduan Tugasan’ serta Sesi Town Hall Tahun 2023 tersebut.

Sekian, terima kasih.

                                                                                                                                         

MALAYSIA MADANI

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…