Kuatkuasa Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) (Pindaan) 2023 [P.U (A) 90/2023] pada 1 Julai 2023

PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa, JPK telah membuat pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) 2016 [P.U. (A) 86/2016]. Pindaan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos operasi bagi aktiviti pensijilan, pentauliahan, peperiksaan Non-Destructive Testing (NDT), carian daftar dan pengiktirafan kelayakan kemahiran lain. Sehubungan itu, Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) (Pindaan) 2023 [P.U (A) 90/2023] yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2023 perlu dibaca bersama-sama Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) 2016 [P.U. (A) 86/2016] seperti di lampiran.

 

Muat Turun Lampiran

save Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) (Pindaan) 2023 [P.U (A) 90/2023]

save Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) 2016 [P.U. (A) 86/2016]

 

Sekian, terima kasih. 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…