Tarikh Akhir Bagi Penerimaan Pelawaan Daripada Sistem ePerolehan

Dimaklumkan bahawa, Jabatan ini sedang dalam proses persediaan bagi penutupan akaun tahun 2020. Oleh yang demikian, tarikh akhir bagi Permohonan Pelawaan Melalui Sistem ePerolehan bagi aktiviti SKM/ Pentauliahan/ NDT/ Pensijilan/ Pembaharuan dan yang berkaitan adalah pada 25 November 2020 (Rabu) sebelum jam 4.30 petang.

Manakala urusan pembayaran bagi semua Permohonan Pelawaan Melalui Sistem ePerolehan tersebut perlu diselesaikan selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 November 2020 (Isnin).

Penetapan tarikh akhir ini adalah bertujuan bagi mengelakkan Akaun Belum Terima (ABT) di Jabatan ini.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
‘Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu’

 

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran 

Jabatan Pembangunan Kemahiran 

Kementerian Sumber Manusia

 

Penutupan Sementara Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (Ibu Pejabat JPK Putrajaya, Pejabat JPK Cyberjaya, Pejabat JPK Wilayah Tengah Dan Pejabat JPK Wilayah Sabah) Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 09 NOV

logo jata negara png 6

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PEMAKLUMAN

BERKAITAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (IBUPEJABAT JPK PUTRAJAYA, PEJABAT JPK CYBERJAYA DAN ENAM PEJABAT JPK WILAYAH) BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA 09 NOVEMBER SEHINGGA 06 DISEMBER 2020.

Selaras dengan keputusan Kerajaan pada 07 November 2020 berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung bermula 09 November sehingga 06 Disember 2020, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Ibupejabat JPK, Pejabat JPK Cyberjaya dan semua Pejabat JPK Wilayah akan ditutup sementara sepanjang tempoh tersebut. Namun begitu, Jabatan masih boleh dihubungi menerusi talian 03-8886 5589 (hunting line). Perkhidmatan atas talian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga masih beroperasi seperti biasa dan boleh diakses menerusi pautan berikut:-

  • Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK                  - www.dsd.gov.my
  • Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
  • Facebook Rasmi JPK                                                   - facebook.com/jpkksm
  • Aduan, Pertanyaan dan Cadangan                           - mohr.spab.gov.my

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

09 NOVEMBER 2020

Notis Awam : Penutupan Sementara Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan JPK Putrajaya pada 13 Oktober 2020

logo jata negara png 6

 

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

NOTIS AWAM

 

BERKAITAN

PENUTUPAN SEMENTARA

OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN JPK PUTRAJAYA

PADA 13 OKTOBER 2020 (SELASA)

DARI JAM 1.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

 

Berikutan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi bagi maksud pencegahan COVID-19 di semua aras Blok D4, Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang juga melibatkan Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pihak Jabatan ingin memaklumkan bahawa operasi Kaunter Khidmat Pelanggan JPK Putrajaya akan ditutup sementara pada 13 Oktober 2020 (Selasa) dari jam 1.00 petang hingga 5.00 petang. Urusan Kaunter Khidmat Pelanggan JPK Putrajaya akan beroperasi seperti biasa pada 14 Oktober 2020 (Rabu). Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-8886 5589 atau email jpk[a][t]mohr.gov.my.

 

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

12 OKTOBER 2020

Penafian Penggunaan Surat Pengiktirafan DPIN

Penafian

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia telah menghentikan pengeluaran surat lantikan sebagai Pakar Industri Negara (PIND) dan Pakar Pengajar (PAJAR) bermula November 2018. Pada dasarnya pada ketika itu, surat lantikan PIND dan PAJAR dikeluarkan hanya bagi tujuan pelaksanaan aktiviti Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) sahaja.

Maklumat yang terdapat dalam surat tidak bermaksud untuk memberikan pengiktirafan kepakaran dalam kemahiran tertentu yang komprehensif atau lengkap. Surat lantikan itu juga tidak bermaksud untuk memberikan apa-apa nasihat sama ada dalam bentuk profesional, perundangan atau sebarang khidmat runding yang lain berkenaan latihan kemahiran atau berkaitan dengannya.

Surat lantikan PIND dan PAJAR adalah tidak terpakai dengan berkuatkuasa Panduan Personel Penilaian dan Verifikasi pada 5 November 2018. Surat Lantikan tersebut tidak boleh diguna pakai untuk sebarang aktiviti sama ada yang melibatkan lantikan individu atau digunakan sebagai lampiran dokumen sokongan yang melibatkan agensi kerajaan ataupun swasta.

Jabatan Pembangunan Kemahiran tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan surat tersebut atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.

Sekian terima kasih.

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Klinik Penarafan Bintang Program Bertauliah 2021

 

(Belum ada untuk tahun 2021)

 

 

 

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…