MySkills ASEAN

Pertandingan MySkills ASEAN adalah salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh SkillsMalaysia, JPK. Pertandingan ini merupakan acara dwi-tahunan dan dijalankan serentak dengan pertandingan akhir MySkills peringkat kebangsaan. Penyertaan peserta adalah dari kalangan tenaga pengajar kemahiran awam dan swasta negara ASEAN.

Perlaksanaan MySkills ASEAN 2010

Pertandingan MySkills peringkat ASEAN merupakan pertandingan kemahiran kepada tenaga pengajar yang merupakan perintis dalam memartabatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga pengajar di peringkat ASEAN. Melalui penganjuran pertandingan ini ianya bukan sahaja memberi ruang dan peluang kepada tenaga pengajar dalam meningkatkan kerjaya mereka malah menaikkan nama negara yang diwakili disamping melahirkan lebih ramai tenaga pengajar bertaraf dunia. Hasilnya kelak, tenaga pelatih yang berkualiti dan berketerampilan dapat dihasilkan dalam memenuhi kehendak pasaran kerja. Sesungguhnya dengan adanya pertandingan sebegini, ruang yang cukup luas dan terbuka menanti tenaga pengajar dalam mengiktiraf dan meningkatkan kekompetenan tenaga pengajar melalui Pertandingan MySkills ASEAN.

Pelaksanaan Pertandingan MySkills ASEAN dilaksanakan pada tahun 2010. Pertandingan ini diadakan pada 22-24 Mei 2010 bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan  (CIAST), Shah Alam, Selangor. Bidang kemahiran yang dipertandingkan ialah Teknologi Automotif, Elektronik Industri, Pemasangan Elektrik, IT PC/ Network Support Web Design dan Kimpalan.

myskill_new

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…