Bahagian Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia (KPSM)

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM) terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu :-

1) Seksyen Sumber Manusia 

  1. Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia termasuk latihan dalaman serta luaran.
  2. Mengurus tadbir hal-hal perkhidmatan termasuk rekod perkhidmatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, pengisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan, kemudahan elaun dan cuti, persaraan dan tatatertib.

 

2) Seksyen Pentadbiran

  1. Mengurus tadbir pejabat JPK Ibu Pejabat.
  2. Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
  3. Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat dengan lebih tersusun dan sistematik.
  4. Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara.

 

3) Seksyen Kewangan

  1. Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
  2. Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
  3. Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
  4. Mengurus pesanan tempatan.
  5. Mengurus terimaan dan Akaun Panjar Wang Runcit.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…