Mengenai Bahagian MOSQ

MOSQ adalah singkatan kepada Malaysian Occupational Skill Qualification (Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia)

Terdapat empat (4) fungsi utama Bahagian MOSQ:

UNIT PENTAULIAHAN DAN VERIFIKASI



Tanggungjawab Unit Pentauliahan dan Verifikasi adalah seperti berikut: 



1.    Melaksanakan aktiviti Pentauliahan Program bagi Pusat Bertauliah (PB) tempatan dan luar negara

2.    Memantau perlaksanaan latihan di PB

3.    Membangunkan panduan dan syarat-syarat pentauliahan bagi pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia

4.    Mengurus statistik berkaitan pentauliahan PB dan program

5.    Menjalankan aktiviti khidmat nasihat, penerangan dan promosi mengenai pelaksanaan persijilan kepada pemohon, institusi latihan awam dan swasta, industri serta orang awam

6.    Mengatur lawatan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

7.    Meneliti laporan PPL dan maklumat tindakan yang perlu bagi memastikan kualiti Persijilan Kemahiran Malaysia.



UNIT PENDAFTARAN DAN PERSIJILAN



Tanggungjawab Unit Pendaftaran dan Persijilan adalah seperti berikut:


1.    Menguruskan pendaftaran pelatih

2.    Menguruskan permohonan pengeluaran sijil 

3.    Menguruskan permohonan sijil gantian bagi sijil hilang dan rosak.


UNIT PEPERIKSAAN (NDT)

Tanggungjawab Unit Penilaian adalah seperti berikut : 


1.    Melaksanakan aktiviti Pentauliahan Pusat Bertauliah (PB) Ujian Tanpa Musnah (NDT)(PB baru, pembaharuan pentauliahan dan pemantauan) berdasarkan panduan JPK/PanduanNDT/03

2.    Memantau perlaksanaan latihan kemahiran NDT di PB NDT

3.    Mengurus dan mengendalikan peperiksaan bagi tujuan persijilan SKM NDT (calon baru, calon mengulang dan calon verifikasi)

4.    Mengurus dan mengendalikan permohonan persijilan SKM bagi NDT (pemohon baru, pembaharuan sijil selepas 5 tahun dan persijilan semula selepas 10 tahun)

5.    Membangunkan bank soalan NDT melalui bengkel pembangunan soalan NDT

6.    Mengemaskini rekod personel jawatankuasa-jawatankuasa NDT lantikan JPK

7.    Mengemaskini statistik calon peperiksaan dan pemegang SKM NDT

8.    Bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Kerjasama Strategik (PKS) bagi urusan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Penasihat Kemahiran (JPPK) NDT

9.    Memastikan perlaksanaan aktiviti Persijilan SKM NDT berdasarkan kehendak ISO 9712 dan MS ISO 17024.

 

 

 Terdapat 2 cawangan utama di bahagian MOSQ:

1.Cawangan Pentauliahan

 

 1.Unit Pentauliahan

   Tanggungjawab Unit Pentauliahan adalah seperti berikut:

   1.1 Melaksanakan aktiviti Pentauliahan Pusat Bertauliah program tempatan, Pusat bertauliah pengambilan pelatih luar Negara dan Pusat bertauliah-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu dalam negara dan antarabangsa : 

  • Menyemak permohonan Pusat Bertauliah;
  • Mengatur tugasan lawatan verifikasi Pusat Bertaulah;
  • Mengadakan lawatan verifikasi Pusat Bertauliah; 
  • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal;   
  • Menyediakan laporan untuk kelulusan Jawatankuasa Teknikal; dan
  • Menguruskan pengeluaran Sijil Akuan Pentauliahan.

    1.2 Memantau perlaksanaan latihan kemahiran dalam negara dan pengambilan pelajar antarabangsa :

  • Memastikan jaminan kualiti (personel, peralatan dan bahan pembelajaran) di Pusat Bertauliah mematuhi kehendak Persijilan Kemahiran Malaysia;
  • iMengemaskini maklumat mengenai sistem pentauliahan termasuk butiran Pusat Bertauliah, Personel Pentauliahan, kemudahan latihan dan  peralatan; dan
  • iMemastikan PB mempunyai rekod pelatih yang teratur dan sentiasa dikemaskini.

     1.3 Menguruskan permohonan Surat Perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Pusat Bertauliah Antarabangsa;

     1.4 Membangunkan panduan dan syarat-syarat pentauliahan bagi Pusat Bertauliah.

     1.5 Mengurus statistik berkaitan pentauliahan pusat dan program yang diperlukan oleh mana-mana pihak; dan

    1.6 Menjalankan aktiviti khidmat nasihat, penerangan dan promosi mengenai pelaksanaan persijilan kepada pemohon, institusi latihan awam dan swasta, industri serta orang awam.

 

2. Unit Penilaian

    Tanggungjawab Unit Penilaian adalah seperti berikut : 

   2.1 Melaksanakan aktiviti Pentauliahan Pusat Bertauliah (PB) Ujian Tanpa Musnah (NDT)(PB baru, pembaharuan pentauliahan dan pemantauan) berdasarkan panduan JPK/PanduanNDT/03 :

  • Menyemak permohonan Pusat Bertauliah;
  • Mengatur lawatan verifikasi Pusat Bertaulah;
  • Membuat lawatan verifikasi Pusat Bertauliah; 
  • Menyediakan laporan untuk kelulusan Jawatankuasa Teknikal.

    2.2 Memantau perlaksanaan latihan kemahiran NDT di PB NDT :

  • Memastikan jaminan kualiti (personel, peralatan dan bahan pembelajaran) di Pusat Bertauliah mematuhi kehendak Persijilan Kemahiran Malaysia (JPK/PanduanNDT/03)
  • iMengemaskini maklumat mengenai sistem pentauliahan termasuk butiran Pusat Bertauliah, Personel Pentauliahan, kemudahan latihan dan  peralatan; dan
  • Memastikan PB mempunyai rekod pelatih yang teratur dan sentiasa dikemaskini.

     2.3 Mengurus dan mengendalikan peperiksaan bagi tujuan persijilan SKM NDT (calon baru, calon mengulang dan calon verifikasi) :

  • Menyemak dan memproses pendaftaran calon peperiksaan melalui sistem e-NDT
  • Mengurus perlantikan personel peperiksaan NDT
  • Mencetak soalan-soalan peperiksaan mengikut langkah keselamatan yang ditetapkan.
  • Mengurus mesyuarat keputusan peperiksaan NDT
  • Mencetak slip keputusan calon peperiksaan berdasarkan keputusan mesyuarat keputusan peperiksaan.

     2.4 Mengurus dan mengendalikan permohonan persijilan SKM  bagi NDT (pemohon baru, pembaharuan sijil selepas 5 tahun dan persijilan semula selepas 10 tahun) :

  • Menyemak dan memproses permohonan persijilan melalui sistem e-NDT
  • Mengurus mesyuarat persijilan SKM NDT yang dipengerusikan oleh P(MOSQ)
  • Mencetak SKM berdasarkan keputusan mesyuarat persijilan NDT.
  • Mengemaskini rekod individu personel pemegang SKM NDT     

      2.5 Membangunkan bank soalan NDT melalui bengkel pembangunan soalan NDT sepanjang tahun.

      2.6 Mengemaskini rekod personel jawatankuasa-jawatankuasa NDT lantikan JPK.

      2.7 Mengemaskini statistik calon peperiksaan dan pemegang SKM NDT.

   2.8 Bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Kerjasama Strategik (PKS) bagi urusan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Penasihat Kemahiran (JPPK) NDT. 

     2.9 Memastikan perlaksanaan aktiviti Persijilan SKM NDT berdasarkan kehendak ISO 9712 dan MS ISO 17024.

 

3. Unit Persijilan

Tanggungjawab Unit Persijilan adalah seperti berikut:

3.1 Mengatur lawatan verifikasi PPL :

  • Semakan kesesuaian PPL; 
  • Penyediaan tiket kapal terbang jika berkaitan;
  • Meneliti laporan PPL dan maklumat tindakan yang perlu bagi memastikan kualiti Persijilan Kemahiran Malaysia; dan
  • Menguruskan tuntutan perjalanan PPL.

3.2 Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran sijili melalui :

  • Kaedah pentauliahan Pusat Bertauliah;
  • Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN); dan
  • Ujian dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

3.3 Menguruskan pendaftaran pelajar antarabangsa.

3.4 Menguruskan hal-hal berkaitan penilaian akhir Pusat Bertauliah :

  • Kesesuaian soalan peperiksaan;
  • Jadual peperiksaan;
  • Penghantaran soalan peperiksaan; dan
  • Penghantaran skema jawapan.

3.5 Mengeluarkan sijil gantian bagi sijil hilang dan rosak.

 

2.Cawangan Pengiktirafan

 1. Unit Perakuan Kemahiran

   1.1 Melaksana aktiviti mengiktiraf kemahiran individu yang  diperolehi secara tidak formal melalui Persijilan Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).  Aktiviti yang terlibat adalah : 

  • Memproses permohonan calon PPT;
  • Membuat penugasan Pegawai Penilai PPT (PP-PPT) mengikut bidang kepakaran untuk tujuan bimbingan pembangunan portfolio dan penilaian terhadap keterampilan calon;
  • Membuat penugasan Pegawai Pengesah Luaran PPT (PPL-PPT) untuk tujuan verifikasi; dan
  • Menguruskan penyerahan sijil kepada calon yang layak.

  1.2 Melaksanakan aktiviti Pengiktirafan Khas kepada individu yang memberi sumbangan terhadap pembangunan kemahiran negara dengan menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap yang layak.

    1.3 Menjalankan aktiviti khidmat nasihat, penerangan dan promosi kepada individu/ agensi/pihak industri mengenai pengiktirafan kemahiran pekerja:

  • Menggalakkan penglibatan pihak industri dengan lebih aktif dalam program persijilan secara PPT melalui sesi perjumpaan dengan wakil industri melalui mesyuarat/dialog dan sebagainya;

2. Unit Pengiktirafan

  2.1 Melaksanakan aktiviti mengiktiraf kelayakan kemahiran lain yang dipohon oleh mana-mana penyedia latihan untuk disetarakan dengan Sijil Kemahiran Malaysia. Aktiviti yang terlibat adalah :

  • Memproses permohonan daripada penyedia latihan;
  • Menilai dan menyemak maklumat permohonan serta sistem jaminan mutu pihak penyedia latihan; dan
  • Mendapatkan kelulusan Majlis ke atas perkara yang berhubungan dengan pengktirafan tersebut;

  2.2 Mengurus aktiviti bersama institusi pengajian tingggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di peringkat nasional dan antarabangsa bagi tujuan artikulasi. 

  • Mengenalpasti program-program IPTA/IPTS yang berpotensi bagi tujuan artikulasi.  
  • Mengurus, menyelaras dan mengendalikan aktiviti bagi tujuan artikulasi dengan IPTA/IPTS dan Pusat Bertauliah (PB);
  • Membangunkan mekanisme pelaksanaan artikulasi bersama IPTA/IPTS dan PB; dan
  • Memantau dan mendapatkan maklumbalas aktiviti pelaksanaan artikulasi dari IPTA/IPTS/PB yang terlibat.

2.3 Mengurus aktiviti berkaitan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

  • Memperluaskan pengiktirafan Persijilan Kemahiran Malaysia  oleh  agensi dan industri melalui penglibatan  lebih aktif dalam program-program anjuran JPK;
  • Memperluaskan penerimaan SKM dalam perkhidmatan sektor awam dan swasta; dan
  • Mengkaji dan mencadangkan skim perkhidmatan yang sesuai bagi tujuan kemasukan ke Perkhidmatan Awam.

2.4 Menjalankan aktiviti khidmat nasihat dan  penerangan   kepada individu/ agensi/pihak industri perkara berkaitan pengiktirafan Persijilan Kemahiran Malaysia.

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…