Pertandingan World Skills Asia (WSA)

Penganjuran pertandingan WorldSkills Asia (WSA) adalah bertujuan untuk mempromosikan kecemerlangan di dalam pembangunan kemahiran dan kompetensi di kalangan negara-negara di Asia. Pertandingan WSA yang pertama telah berlangsung di Abu Dhabi, U.A.E pada tahun 2018. WSA merupakan pertandingan kemahiran peringkat Asia di mana para belia dari negara-negara rantau Asia bertanding bagi mencari peserta terbaik di dalam bidang masing-masing.

 

icon info WSA Online Training Report

Pertandingan Junior Skills Malaysia (JSM)

 

Pertandingan Junior Skills Malaysia (JSM) merupakan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun bertujuan memilih dan mengiktiraf pelajar sekolah berumur 15 tahun dan ke bawah yang mempunyai potensi. Pertandingan peringkat antarabangsa iaitu Junior Skills Competition mula diperkenalkan semasa pertandingan Worldskills Competition (WSC) Sao Paola, Brazil 2015. Pada tahun 2018 Jabatan telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan JSM di kalangan pelajar sekolah berumur 15 tahun ke bawah untuk memberi pendedahan awal kepada bidang kemahiran serta memupuk minat di kalangan pelajar sekolah terhadap latihan kemahiran.

Pertandingan Junior Skills Malaysia (JSM) terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan berikut :

yes Warganegara Malaysia;
yes Berumur 15 tahun dan ke bawah;
yes Setiap pemohon hanya layak memohon satu bidang sahaja;
yes Pemenang pingat Emas tidak layak memohon untuk menyertai pertandingan akan datang dalam bidang kemahiran yang sama.

 

Prosedur Permohonan

i. Iklan pertandingan dipaparkan di laman web www.myspike.my
ii. Pemohon yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon menyertai pertandingan dengan mengisi borang penyertaan secara online.
iii. Permohonan yang tidak lengkap, mengandungi maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditolak.
iv. Pemohon hendaklah mendapat kebenaran sekolah serta ibubapa/penjaga.
v. Pemohon yang berdaftar di dalam sistem sahaja layak untuk menyertai pertandingan pra-kelayakan.

Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC)

 

ASEAN Skills Competition (ASC) merupakan pertandingan kemahiran peringkat ASEAN dan dianjurkan setiap dua tahun yang dihoskan secara bergilir oleh negara-negara ASEAN. Pertandingan ini boleh disertai oleh belia berumur 22 tahun ke bawah dan 25 tahun ke bawah bagi beberapa bidang kemahiran. ASC juga merupakan medan persediaan untuk peserta negara ke pertandingan kemahiran peringkat dunia (WSC). Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengalakkan kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi latihan di kalangan negara ASEAN di samping mempromosikan TVET di seluruh negara ASEAN.

Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC)

 

WorldSkills Competition (WSC) merupakan pertandingan kemahiran peringkat tertinggi di dunia dalam mengiktiraf belia-belia yang berkemahiran tinggi. Pertandingan ini terbuka kepada semua negara yang menjadi ahli WorldSkills International (WSI). Malaysia telah diterima sebagai ahli WSI sejak tahun 1993. Bidang kemahiran dipertandingkan mengikut piawaian kemahiran peringkat dunia. Penyertaan Malaysia dalam WSC bertujuan untuk menanda aras tahap kemahiran belia negara ke arah melahirkan tenaga kerja mahir bertaraf dunia.

World Skills Malaysia Belia (WSMB)

Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

 

Syarat Permohonan

yes Warganegara Malaysia;

yes Terbuka kepada pelatih atau pekerja mahir;

yes Berumur 20 tahun ke bawah kecuali bidang Mekatronik 23 tahun ke bawah; dan

yes Setiap peserta layak memohon satu bidang sahaja Prosedur Permohonan

 

Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon dengan mengisi lengkap borang pertandingan yang dipapar melalui laman web jabatan http://www.skillsmalaysia.gov.my. Permohonan penyertaan perlu mendapat pengesahan dan kelulusan agensi/majikan masing-masing.

 

PENGANUGERAHAN

Pemenang Hadiah
Emas Sijil dan RM 5 000.00
Perak Sijil dan RM3 000.00
Gangsa Sijil dan RM1 500.00
Sijil Kecemerlangan Sijil Kecemerlangan dan RM500.00
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…