Kelulusan Khas Pelaksanaan Program Kemahiran Sehingga Satu (1) Tahun Bagi Program Bertauliah Yang Telah Tamat Tempoh Pentauliahan Susulan Daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Melalui Kaedah SLaPB Dan SLDN

 

save Muat Turun Makluman >>> disini  <<<

 

Ruj       :        JPK/702/1/10 Jld. 15 (44)

Tarikh :         30 April 2020

Adalah dimaklumkan bahawa bahawa urusan berkaitan dengan permohonan pentauliahan sama ada di Bahagian MOSQ atau Bahagian SLDN telah ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Jabatan sedia maklum bahawa terdapat program bertauliah di Pusat Bertauliah (PB) melalui kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah  (SLaPB) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) didapati telah tamat tempoh pentauliahannya di dalam tempoh PKP dan sebilangan lagi akan tamat dalam waktu terdekat.

Justeru itu, bagi membolehkan PB SLaPB dan SLDN menyelesaikan latihan dan penilaian pelatih / perantis sedia ada di dalam tempoh PKP / Pasca PKP walaupun tempoh tauliah bagi program bertauliah telah tamat, Jabatan telah mempertimbangkan dan bersetuju memberikan kelulusan khas bagi pelaksanaan program kemahiran sehingga satu (1) tahun bagi program bertauliah yang telah tamat tempoh pentauliahan susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui kaedah SlaPB dan SLDN dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

a.         PB telah memohon pembaharuan pentauliahan program, namun proses pembaharuan tidak dapat dibuat oleh JPK disebabkan oleh situasi PKP buat masa ini;

b.         Pentauliahan program tidak dapat diperbaharui memandangkan JPK tidak dapat menentusahkan permohonan PB oleh kerana Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (JKT) tidak dapat dibuat buat masa ini;

c.         Bagi program latihan yang belum tamat, PB diberikan kelulusan khas oleh Ketua Pengarah untuk meneruskan proses latihan dalam tempoh PKP/Pasca PKP ini berdasarkan pentauliahan dan pendaftaran pelatih/perantis sedia ada;

d.         Kelulusan khas ini bukan merupakan pembaharuan atau perlanjutan pentauliahan, tetapi merupakan kelulusan khas untuk PB menjalankan latihan secara sementara dalam tempoh PKP/ Pasca PKP dan Ketua Pengarah boleh menetapkan syarat-syarat yang difikirkan sesuai bersama Kelulusan Khas ini; dan

e.         Bahagian MOSQ dan Bahagian SLDN JPK akan mengadakan Lawatan Panel Penilai Pentauliahan/Lawatan Penentusahan Pentauliahan secepat mungkin setelah keadaan mengizinkan bagi menentusahkan permohonan pembaharuan pentauliahan PB, dan sekiranya permohonan diluluskan, tempoh pentauliahan adalah sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta 652 iaitu selama 3 tahun.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”

  

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…