Makluman Keperluan Pindaan Tempoh Latihan (Pelanjutan) Bagi Kumpulan Pelatih Berdaftar Yang Telah Tamat Atau Akan Tamat Tempoh Latihan Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ruj     :       JPK/700/5 Jld41 (19)

Tarikh :      19 Jun 2020

Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 telah memberi kesan terhadap pelaksanaan latihan dan penilaian kepada kumpulan pelatih berdaftar di pusat bertauliah dan terdapat kumpulan pelatih berdaftar yang telah tamat atau akan tamat tempoh latihan dalam jangkamasa terdekat.

Justeru, bagi membolehkan latihan dan penilaian berterusan dilaksanakan, pusat bertauliah (PB) hendaklah mengemukakan permohonan pindaan tempoh latihan untuk melanjutkan tempoh latihan bagi kumpulan pelatih yang terlibat. Pindaan tempoh ini perlu mengambilkira tempoh latihan yang perlu diganti / ditambah bagi memenuhi sesi latihan dan penilaian yang tidak dapat dilaksanakan sepanjang PKP berlaku. Pindaan tempoh latihan juga perlu dibuat bagi membolehkan PB mengemukakan permohonan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) untuk penilaian akhir.

Permohonan pindaan tempoh latihan boleh dimohon dengan mengisi borang Senarai Semak Permohonan Pendaftaran Pelatih (JPK/PENDAFTARAN/01/P3)dan kemukakan kepada Unit Pendaftaran, Bahagian MOSQ untuk tindakan selanjutnya.

Manakala untuk kumpulan pelatih yang melibatkan program bertauliah yang telah tamat tempoh tauliah semasa PKP atau akan tamat dalam jangkamasa terdekat, bagi membolehkan PB menyelesaikan latihan dan penilaian pelatih sedia ada di dalam tempoh PKP / Pasca PKP, PB hendaklah memenuhi perkara (a), (b), (c), (d) dan (e) seperti dinyatakan dalam Makluman Kelulusan Khas Pelaksanaan Program Kemahiran Sehingga Satu (1) Tahun Bagi Program Bertauliah Yang Telah Tamat Tempoh Pentauliahan Susulan Daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Melalui Kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) Dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) (JPK/702/1/10 Jld. 15 (44)) yang bertarikh 30 April 2020 untuk melayakkan PB menggunakan kelulusan khas pelaksanaan program kemahiran sehingga satu (1) tahun bagi program bertauliah yang telah tamat tempoh pentauliahan susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Muat Turun Dokumen

save Makluman Keperluan Pelanjutan Daftar

save Senarai Semak Permohonan Pendaftaran Pelatih

save Makluman 30 April 2020 - Kelulusan Khas Pelaksanaan Program

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…